Monday, 26 September 2016

THANKS


setinggi tinggi penghargaan kepada pensyarah kami iaitu Puan Nurul Asma binti Efendi kerana memberi tunjuk ajar kepada kami sepanjang kami melakukan tugasan yang diberikan ini,,

KESIMPULAN

Sejarah dan politik merupakan kompenan utama dalam mewujudkan keharmonian dan perpaduan kaum di sesebuah negara. penghayatan terhadap peristiwa sejarah akan menimbulkan kesedaran dan nilai-nilai murni dalam kalangan rakyat supaya perpaduan dan keharmonian negara dapat dikekalkan. semangat nasionalisma dan perpaduan dalam kalangan penduduk untuk membentuk sebuah negara yang merdeka harus diteladani dan dijaga demi memastikan Malaysia menjadi sesebuah negara yang maju dan berjaya serta disegani di seluruh dunia.

RUJUKAN

1. KAMARUL ZAMAN ISMAIL(2012), PEGAJIAN MALAYSIA SELANGOR; OXFORD FAJAR SDN.BHD
2. PORTAL RASMI ARKED NEGARA MALAYSIA, DIMUAT TURUN PADA 28 JULAI 2015 DARIPADA WWW.ARKED.GOV.MY
3. MARDIANA NORDIN DAN HASNAH HUSSIN(2014) PENGAJIAN MALAYSIA EDISI KE-5 SELANGOR; OXFORD FAJAR SDN.BHD
4. ZAMRI TALIB (2015). ASENSI SPM SEJARAH.SELANGOR; SUSBADI SDN.BHD

PENGAJARAN


       Kita mestilah mengingati dan mendalami kisah tokoh-tokoh pada zaman dahulu yang memperjuangkan tanah melayu dengan sifat keberanian yang lahir dalam diri pejuang terdahulu. di samping itu, kita haruslah memberi penghormatan kepada mereka kerana telah banyak menyumbang jasa kepada tanah air sehingga mencapai kemerdekaan walaupun banyak liku-liku yang terpaksa dihadapi samaada kalah atau menang dalam perebutan tanah melayu dengan orang luar. jadi kita haruslah bersyukur dengan keamanan yang diperolehi oleh penduduk tanah melayu yang berbilang kaum.

PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM

pembaharuan dan pengaruh islam di tanah melayu

1. menjadi pusat penyebaran agama islam yang penting
2. islam tersebar melalui perkahwinan, penaklukan wilayah, perdagangan, dah kegiatan mubaligh atau   pendakwah
3. pengislaman sultan melaka menyebabkan rakyat memeluk islam
4. tun perak memainkan peranan penting dalam penyebaran agama islam
5. ulama dihantar ke kawasan penaklukan bagi mengajar agama disana
6. kekuatan agama islam dilihat dalam undang undang kanun melaka dan udang undang laut melaka
7. mata wang dan tulisan jawi digunakan
8. dilihat dari aspek pendidikan, bahasa dan kesusteraan, cara hidup kesenian.
9. seni bina islam dapat dilihat pada masjid,, rumah dan istana
10.kepercayaan dan akidah ,syariah dan akhlak adalah antara gaya hidup orang melayu semasa kedatangan islam.

TEORI KEDATANGAN ISLAM


KEDATANGAN ISLAM

KEDATANGAN ISLAM DI TANAH MELAYU

Sebelum kedatangan islam, masyarakat melayu menganut 
fahaman animisme . keadaan ini berubah setelah kedatangan islam yang membawa konsep tauhid dengan menafikan kewujudan tuhan yang banyak. Bermula dengan konsep keesaan tuhan dan ibadat yag luas, islam telah berjaya menarik minat masyarakat tempatan. sejak kedatangan islam, kehidupan harian masyarakat melayu dan adat istiadat tertentu yang tertentu yang didapati bertentangan dengan akidah ditinggalkan secara beransur-ansur.

Bukti awal kedatangan dan penyebaran Islam di Nusantara bergantung kepada batu nisan dan bukti-bukti lain yang bertaburan di rantau ini. 

Contoh penting termasuk batu nisan yang ditemui di Champa sekitar awal abad ke 11M, batu nisan di Gresik, Jawa bertarikh akhir abad ke-11M dan Batu Bersurat Terengganu bertarikh 1303, rekod penempatan orang Islam di Majapahit dan kumpulan pedagang Islam di utara Tanah Melayu, serta pengislaman raja Pasai pada tahun 1282.

Pada akhir abad ke-15, Islam sudah mengukuhkan kedudukan di Tanah Melayu, Sumatera, bahagian utara Pulau Jawa, Bruneidan Utara Borneo. Islam juga menembusi Maluku dan Sulu.

Kedatangan islam ke tanah melayu dipercayai bermula abad ke-7 masihi. pandangan ini berdasarkan kemungkinan agama islam disebarkan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia barat ke negara china. seterusnya islam semakin berkembang pesat berikutan dengan kemunculan beberapa buah negara islam di Pasai dan Perlak di persekitaran selat melaka pada abad ke-13 masihi. mengikut catatan Marco Polo, agama islam telah tersebar di tanah melayu sebelum abad ke-15. pada tahun 1292, semasa beliau dalam perjalanan pulang dari china, beliau telah melawat Sumatera. Perlak ialah pelabuhan pertama yang disinggahinya. beliau telah menyatakan pada masa itu telah wujud usaha-usaha untuk mengislamkan  penduduk tempatan oleh pedagang arab. Menurut beliau lagi, ianya merupakan satu-satunya negeri islam di kepulauan melaya waktu itu. manakala pedagang arab, Ibn Battutah singgah sebanyak 2 kali semaa pergi dan balik dari negara china menyatakan bahawa raja samudera ketika itu telah memeluk islam dan mengamalkan Mazhab Syafie. negeri-negeri di sekelilingnya masih belum memeluk islam. sepanjang tempoh abad ke-13 dan ke-16 masihi, agama islam telah tersebar luas ke seluruh kepulauan melayu dan mengurangkan pengaruh agama hindu-budha. sejak itu, islam telah berkembang pesat dan menjadi agama yang dianutioleh hampir keseluruhan penduduk kepulauan melayu.

Dari sudut sejarahnya selepas kedatangan islam dan pembentukan kerajaan melaka yang bercorak keislaman, kita dapati proses islamisasi di bidang undang-undang, sosio-budaya dan politik berteruskan berlaku. Dalam bidang undang-undang dimulai undang-undang kanu melaka dan undang-undang laut melaka.

KERAJAAN MELAYU BAHARU


Kerajaan Melayu Baharu


Kerajaan Melayu Baharu merujuk kerajaan yang wujud selepas zaman Kesultanan Melayu Melaka, iaitu Terengganu, Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan.


 Terengganu

Terengganu merupakan salah satu negeri taklukan Kesultanan Melayu Melaka. Kemudian, Terengganu disebut sebagai negeri di bawah pemerintahan Bendahara Johor sejak abad ke-18. Pengasas kesultanan  bermula apabila Tun Zainal Abidin (anak kepada Tun Abdul Majid, Sultan Pahang dari keturunan Bendahara) ditabalkan sebagai Sultan Terengganu yang pertama sekitar tahun 1708-1720.

Sultan Zainal Abidin mangkat pada 7 Mac 1733 dan meninggalkan enam orang putera. Putera almarhum besetuju menyerahkan takhta pemerintahan Terengganu kepada putera bongsu iaitu Engku Tuan Mansur kerana ramalan yang dibuat oleh seorang pembesar menyatakan  bahawa Engku Tuan Mansur akan menjadi raja yang besar apabila dewasa kelak. Sementara itu, tampuk pemerintahan kerajaan Terengganu dipegang oleh kekanda sulungnya, iaitu Engku Tuan Wangsa dan Bendahara Tun Hussein. Baginda ditabalkan secara rasmi sebagai Sultan Terengganu pada 26 Feb 1741 oleh Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, sultan Empayar Johor-Riau-Lingganyang merupakan sepupu baginda.

 Kelantan

Kelantan merupakan negeri taklukan Kesultanan Melayu Melaka. Apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511, Kelantan dibahagikan kepada beberapa kawasan yang diperintah oleh ketua ketua kecil. Ketua ketua kecil tersebut mendapatkan naungan Persekutuan Pattani Besar apabila diancam oleh Siam pada tahun 1603. Kemudian, Kelantan dibahagikan kepada empat wilayah oleh kerajaan pusat Pattani, iaitu Kelantan Timur, Kelantan Barat, Legeh dan Ulu Kelantan.
Sejarah merekodkan bahawa terdapat pertikaian antara Long Sulaiman (pemerintah Legeh)
pada tahun 1756, apabila Long Deraman ingin merampas takhta dan menyebabkan kematian Long Sulaiman. Long Yunos, anak kepada Long Sulaiman menyelamatkan diri ke Terengganu dan mendapatkan perlindungan daripada sahabatnya di Terengganu, iaitu Ku Tana Wangsa (anak Tun Zainal Abidin, Sultan Terengganu Pertama). Long Yunos dengan bantuan Terengganu telah menyerang dan mengalahkan Kelantan. Namun, pada akhir pemerintahan Long Yunos, berlaku pertikaian antara beliau dengan Sultan Mansur (Terengganu). Selepas kemangkatan Long Yunos, Terengganu menyerang Kelantan pada tahun 1975 tetapi gagal. Pada tahun 1800, Terengganu mendapatkan bantuan Pattani membuat serangan kedua. Negeri Kelantan dikalahkan oleh serangan dari dua penjuru oleh Terengganu.

Pada tahun 1801, Long Muhammad (putera Long Yunos) melancarkan seangan kepada Terengganu. Beliau mengistiharkan dirinya sebagai Sultan Kelantan pertama. Baginda berjaya membebaskan Kelantan daripada pengaruh Terengganu pada tahun 1812 serta membuat hubungan diplomatik dengan Siam demi menjaga kedaulatannya dan mengelak daripada ancaman luar. Seterusnya, Kelantan diserahkan kepada British melalui Perjanjian Inggeris-Siam atau dikenali sebagai Perjanjian Bangkok pada tahun 1909 dan menjadikan Kelantan sebagai salah satu daripada Negeri negeri Melayu Tidak Bersekutu.

 selangor 

merupakan takluka melaka pada abad ke-15. Apabila melaka dijajah oleh portugis, kesultanan melayu melaka berpindah ke  johor.

Pada bulan mei 1745, Daeng Chelak merupakan salah seorang daripada OPU lima bersaudara yang berpengaruh di Johor telah mangkat. beliau meninggalkan 2 orang putera iaitu Raja Haji dan Raja Lumu. Raja Haji telah menjadi Yam Tuan Muda Johor. Raja Lumu merancang untuk menjadi sultan selangor bagi mengelakkan selangor dikawal oleh johor sepenuhnya.

pada tahun 1766, Raja Lumu ditabal menjadi sultan selangor dengan gelaran sultan Salahuddin Shah dan mendapat pengiktirafan daripada sultan Mahmud iaitu sultan perak.perlantikan ini merupakan permulaan kepada  kesultanan baharu di selangoryang kekal sehingga hari ini. sultan Ibrahim Shah yang mengambil allih telah berjaya memajukan selangor. selangor sebagai pengeluar bijih timah telah menarik minat Belanda dan menyebabkan Selangor diserang oleh Melaka.

 negeri sembilan

setelah melaka jatuh kepada  portugis, bermulalah kesultanan Bugis di selangor dan pengaruh di johor. pada akhir kurun ke-17, pembesar pembesar negeri sembilan menjemput anak raja dari minangkabau sebagai Yamtuan Besar berusaha dan bersiap sedia untuk menghadapi serangan Bugis. pada tahun 1773, Raja Melewar, iaitu putera raja Sultan Abdul Jalil telah dititahkan oleh ayahdanya datang ke negeri sembilan dari pagar ruyung, minangkabau mejadi Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama dan memulakan instiadat beraja.

apabila Yang Dipertuan Besar mangkat, pemegang akan menjadi seorang pemerintah selama 3 tahun. pewarisan tahta pemerintahan negeri sembilan yang seterusnya adalah daripada jurai keturunan raja Radin ibni Raja Lenggang.

negeri sembilan mengamalan adat perpatih yang berasal daripada minangkabau, sumatra indonesia. adat perpatih mengandungi peraturan yang lengkap bagi kehidupan individu dan masyarakat secara keseluruhan. adaat ini mengandungi susunan pentadbiran dan pembahagian kuasa politik, pembahagian harta, aturan perkahwinan dan kekeluargaan serta hal ehwal kemasyarakatan.

WARISAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

 Warisan Kesultanan Melayu Melaka

Johor


Selepas Melaka diserag Portugis pada tahun 1511, Sultan Mahmud Syah dan anaknya, Sultan Ahad Shah bersama sama pngikut mereka telah melairkan diri ke Ujong Tanah (dikenali sebagai Johor). Mereka membuat perancangan untuk menawan semula Melaka tetapi perancangan tersebut telah diketahui oleh Portugis. Kemudian mereka berundur ke Pahang dan akhirnya behijrah ke Bentan. Setelah kemangkatan Sultan Ahmad Syah, Sultan Mahmud Syah melantik puteranya sebagai pengganti baginda dan digelar Raja Muda.
Selepas Raja Ali (putera Sultan Mahmud bersama Raja Fatimah) dilahirkan Raja Ali telah ditabalkan oleh Sultan Mahmud Syah sebagai 'Sultan Muda' atas permainan Raja Fatimah. Kedudukan Raja Muzaffar telah dirampas. Sultan Muzaffar yang disingkirkan membawa diri ke Perak dan ditabalkan sebagai Sultan Perak dengan gelaran Sultan Muzzafar Syah.
Sultan Mahmud Syah bersemayam di Bentan hampir 13 tahun dan kemudiannya beundur ke Kampar, Sumatera Indonesia apabila Bentan diserang oleh Portugis pada tahun 1526. Baginda menerajui pemerintahan Kampar dan mangkat di sana pada tahun 1528. Raja Ali pula ditabalkan sebagai penggantin Sultan Mahmud Syah dengan gelaran Sultan Alauddin Riayat Syah. Kemudian, baginda berpindah ke Pahang dah mengahwini puteri Pahang, iaitu Puteri Kesuma Dewi. Baginda berpindah ke Johor dan membuka penempatan tetap di Hujung Tanah. Dengan itu, Sultan Alauddin Riayat Syah disebut sebagai Sultan Johor yang pertama.
Waris Kesultanan Melayu Melaka di Johor telah beberapa kali mengatur serangan untuk menawan semula semula Melaka tetapi gagal. Serangan terbesar gabungan tentera Johor, Perak, Pahang dan Japara (Jawa) juga gagal meruntuhkan kubu Portugis. Pada tahun 1641, Johor telah berjaya membebaskan Melaka daripada jajahan Portugis dengan bantuan Belanda . Namun, Melaka jatuh ke tangan pemerintah Belanda disebabkan tipu daya Belanda.
Perubahan daipada pewarisan Kesultanan Melayu Melaka kepada keluarga bendahara belaku pada tahun 1699, iaitu apabila Sultan Mahmud Syah II (1685 - 1699) dibunuh oleh Laksamana Megat Sri Rama. Kemudian, tampuk pemerintahan diambil alih oleh Bendahara Tun Abdul Jalil sebagai Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV dan membuka penempatan baharu di Panchur


Perak

Raja Muzzafar (putera Sultan Mahmud Syah bersama puteri Kelantan, Puteri Onang Kening) membawa diri ke Perak setelah disingkirkan daripada menjadi Sultan Johor oleh Raja Ali. Baginda ditabalkan menjadi Sultan Perubahan daipada pewarisan Kesultanan Melayu Melaka kepada keluarga bendahara belaku pada tahun 1699, iaitu apabila Sultan Mahmud Syah II (1685 - 1699) dibunuh oleh Laksamana Megat Sri Rama. Kemudian, tampuk pemerintahan diambil alih oleh Bendahara Tun Abdul Jalil sebagai Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV dan membuka penempatan baharu di Panchur
Perak yang pertama dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah 1 pada tahun 1528. Ada juga pandangan yang menyatakan bahawa Sultan Muzaffar menjadi Sultan Perak yang pertama selepas Tun Saban, Pembesar Negeri Perak dan Nakhoda Kassim menghadap Sultan Mahmud Syah di Kampar untuk meminta kebenaran baginda supaya Sultan Muzaffar menjadi pemimpin di Perak. Pembesar Perak berpendapat bahawa pemimpin daripada waris Kesultanan Melayu Melaka mampu memajukan negeri Perak kerana kebesaran, kewibawaan dan struktur pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka yang berpengaruh di Tanah Melayu. Sultan Muzzafar menjadikan Tanah Abang sebagai pusat pemerintahan. Tanah Abang terletak 80 kilometer dari muara Sungai Perak. Adat istiadat Melaka dan budaya Melayu dihidupkan semula di Tanah Abang.
Perak mewarisi sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Namun, sistem perwarisan takhta kerajaan Perak berbeza sedikit dengan sistem Kesultanan Melayu Melaka. Sistem pewarisan takhta Perak menggunakan sistem giliran dan bukan secara turun temurun. Sistem giliran ini membolehkan tiga keluarga iaitu keluarga Y.A.M Raja Bendahara Alang Iskandar Shah, Paduka Seri Sultan Yusuf Sharifuddin Muzaffar Shah Ghafirullah dan Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah II berkongsi hak untuk menaiki takhta kerajaan. Apabila sultan tidak dilantik secara automatik bagi menggantinkan sultan yang mangkat, sebaliknya mesti memegang beberapa jawatan Raja Bergelar sebelum menjadi sultan. Namun, pembesar negeri Perak mempunyai kuasa untuk menentukan calon sultan tanpa mengikut giliran yang ditetapkan.



Pahang

Pemerintah negeri Pahang mempunyai perkaitan dengan Kesultanan Melayu Melaka. Mardiana Nordin (2014) menyatakan bahawa dalam buku Sulalatus Salatin ada diceritakan bahawa Sultan Mansur Syah menghantar anaknya, iaitu Raja Muhammad ke Pahang sebagai hukuman kerana telah membunuh Tun Besar iaitu anak kepada Tun Perak yang merupakan Bendahara Melaka. Pembunuhan ini terjadi apabila bola sepak raga yang disepak oleh Tun Besar telah terkena dastar kawasan Tun Besar bermain. Di Pahang, Raja Muhammad ditabalkan menjadi Sultan Pahang yang pertama dengan gelaran Sultan Muhammad Shah pada tahun 1470
Pada tahun 1614, Sultan Abdul Ghafur dan Raja Muda Abdullah telah dibunuh. Sultan Ahmad dilantik sebagai Sultan Pahang. Apabila Acheh menyerang Pahang pada tahun 1617, Sultan Ahmad dan keluarganya di bawa ke Acheh sekaligus menamatkan pemerintahan zuriat Sultan Melaka secara langsung di Pahang Perlantikan Raja Bujang sebagai pemerintahan Pahang pada tahun 1615 menandakan bermulanya pemerintahan bagi keturunan Melaka-Johor. Raja Bujang ialah puteri Sultan Alauddin (Johor)
Negeri Pahang dan Johor telah disatukan apabila Raja Bujang ditabalkan sebagai Sultan Johor pada tahun 1637 dan meneruskan pemerintahan Kesulatanan Johor-Riau yang meliputi Singapura, Pahang, Riau dan LIngga juga merupakan warisan daripada Kesultanan Melayu Melaka. Kemangkatan Sultan Mahmud Syah II menamatkan pemerintahan oleh waris Kesultanan Melayu Melaka di Johor dan Pahang.
Seterusnya, tampuk pemerintahan negeri Pahang diambil alih oleh keluarga Bendahara dimulai dengan Tun Abdul Jalil, iaitu anak kepada Bendahara Tun Abdul Majid dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV. Daripada keturunan Tun Abdul Majid inilah, Kesultanan Pahang yang baharu telah diasaskan.



KEJATUHAN MELAKA


Sunday, 25 September 2016

PERDAGANGAN


                        perdagangan
 kedudukan yang strategik
menjadi tumpuan  pedagang pedagang luar
laluan pedagang antarabangsa
terlindung daripada  tiupan angin  kencang

kaya dengan sumber asli seperti hasil hutan dan sumber galian
digelar THE VENICE OF THE EAST
menjalankan hubungan diplomatik dengan negara luar seperti china, arab, siam dan jawa
terlindung daripada ancaman siam

Tuesday, 20 September 2016

PEMERINTAHAN

                             PEMERINTAHAN

sultan merupakan pemerintah tertinggi dan dibantu oleh sistem pembesar. sistem pembesar utama ialah pembesar empat lipatan yang terdiri daripada bendahara yang menjadi penasihat kanan raja, pemangku raja dan bertindak sebagai ketua hakim semasa ketiadaan raja, memilih dan pelantik raja. tugas penghulu bendahari pula mengawal perbendaharaan negara, memungut cukai dan hasil negari, menyimpan daftar hamba raja, ketua bagi semua syahbandar. tugas temenggung ialah sebagai ketua dan pelaksana undang undang, ketua polis negara, pendakwa bagi kesalahan individu, ketua protokol dalam urusan adat istiadat. akhir sekali laksamana iaitu sebagai ketua bagi semua pahlawan terutama di laut, memikul pedang kerajaan dalam upacara rasmi, mejadi diplomat dan membawa utusan kerajaan.   Melaka menggunakan Hukum Kanun Melaka dan Undang undang Laut Melaka yang digubal berlandaskan undan undang islam dalam pemerintahan negeri.melaka telah berjaya meluaskan empayarnya sehingga ke semenanjung tanah melayu dan sumatera ketika di bawah pemeritahan sultan Mansur, sultan Muzaffar Syah dan Bendahara Tun Perak. pahang, kelantan, kelang dan terengganu  merupakan negeri taklukan melaka di semenanjung manakala rokan, siak, dan kampar negeri taklukann di sumatera. seterusnya melaka menakluk kedah dan perak dan kepulauan melayu iaitu siur, buru dan asahan..

PENGENALAN

    Melaka diasaskan Parameswara iaitu seorang putera raja  palembang yang melarikan diri ke Temasik apabila diserang oleh Majapahit . Paremeswara telah membunuh Temagi iaitu raja Temasik pada waktu itu,, pabila Siam mula menyerang Temasik Parameswara da pengikutnya melarikan  diri ke Sungai Ujong seterusnya ke  Muar. Paremeswara  berhjrah ke Bertam setelah mendapati Muar tidak sesuai dijadikan penempatan. Nama Melaka diambil  daripada sebatang pokok tempat baginda berehat setelah penat memburu, baginda menyaksikan peristiwa seekor peladuk menendang dan mengalahkan anjing pemburuannya. seterusnya baginda menamakan tempat tersebut  sebagai MELAKA.
 pada asalnya Melaka merupakan perkampungan nelayan yang kecil dan tempat persembunyian lanun namun mula berkembang pesat. kedudukan Melaka yang strategik membolahkan Melaka berkembang menjadi pusat perdagangan yang pesat.
     KELAS:         DTP1A
KOD.SUBJEK:  DUB1012

PENGENALAN AHLI KUMPULAN

*AHLI KUMPULAN
1) NUR AMANI HUSNA BINTI ZAINUDIN
    16DTP16F1012
2) GOH MEI THENG
    16DTP16F1021
3) ROZIMAH BT ABD.MAJID
    16DTP16F1001
4) NOR SHAHIRA ATIKAH BT HUSAIN
    16DTP16F1018

WELCOME