Monday, 26 September 2016

KEDATANGAN ISLAM

KEDATANGAN ISLAM DI TANAH MELAYU

Sebelum kedatangan islam, masyarakat melayu menganut 
fahaman animisme . keadaan ini berubah setelah kedatangan islam yang membawa konsep tauhid dengan menafikan kewujudan tuhan yang banyak. Bermula dengan konsep keesaan tuhan dan ibadat yag luas, islam telah berjaya menarik minat masyarakat tempatan. sejak kedatangan islam, kehidupan harian masyarakat melayu dan adat istiadat tertentu yang tertentu yang didapati bertentangan dengan akidah ditinggalkan secara beransur-ansur.

Bukti awal kedatangan dan penyebaran Islam di Nusantara bergantung kepada batu nisan dan bukti-bukti lain yang bertaburan di rantau ini. 

Contoh penting termasuk batu nisan yang ditemui di Champa sekitar awal abad ke 11M, batu nisan di Gresik, Jawa bertarikh akhir abad ke-11M dan Batu Bersurat Terengganu bertarikh 1303, rekod penempatan orang Islam di Majapahit dan kumpulan pedagang Islam di utara Tanah Melayu, serta pengislaman raja Pasai pada tahun 1282.

Pada akhir abad ke-15, Islam sudah mengukuhkan kedudukan di Tanah Melayu, Sumatera, bahagian utara Pulau Jawa, Bruneidan Utara Borneo. Islam juga menembusi Maluku dan Sulu.

Kedatangan islam ke tanah melayu dipercayai bermula abad ke-7 masihi. pandangan ini berdasarkan kemungkinan agama islam disebarkan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia barat ke negara china. seterusnya islam semakin berkembang pesat berikutan dengan kemunculan beberapa buah negara islam di Pasai dan Perlak di persekitaran selat melaka pada abad ke-13 masihi. mengikut catatan Marco Polo, agama islam telah tersebar di tanah melayu sebelum abad ke-15. pada tahun 1292, semasa beliau dalam perjalanan pulang dari china, beliau telah melawat Sumatera. Perlak ialah pelabuhan pertama yang disinggahinya. beliau telah menyatakan pada masa itu telah wujud usaha-usaha untuk mengislamkan  penduduk tempatan oleh pedagang arab. Menurut beliau lagi, ianya merupakan satu-satunya negeri islam di kepulauan melaya waktu itu. manakala pedagang arab, Ibn Battutah singgah sebanyak 2 kali semaa pergi dan balik dari negara china menyatakan bahawa raja samudera ketika itu telah memeluk islam dan mengamalkan Mazhab Syafie. negeri-negeri di sekelilingnya masih belum memeluk islam. sepanjang tempoh abad ke-13 dan ke-16 masihi, agama islam telah tersebar luas ke seluruh kepulauan melayu dan mengurangkan pengaruh agama hindu-budha. sejak itu, islam telah berkembang pesat dan menjadi agama yang dianutioleh hampir keseluruhan penduduk kepulauan melayu.

Dari sudut sejarahnya selepas kedatangan islam dan pembentukan kerajaan melaka yang bercorak keislaman, kita dapati proses islamisasi di bidang undang-undang, sosio-budaya dan politik berteruskan berlaku. Dalam bidang undang-undang dimulai undang-undang kanu melaka dan undang-undang laut melaka.

No comments:

Post a Comment