Monday, 26 September 2016

KERAJAAN MELAYU BAHARU


Kerajaan Melayu Baharu


Kerajaan Melayu Baharu merujuk kerajaan yang wujud selepas zaman Kesultanan Melayu Melaka, iaitu Terengganu, Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan.


 Terengganu

Terengganu merupakan salah satu negeri taklukan Kesultanan Melayu Melaka. Kemudian, Terengganu disebut sebagai negeri di bawah pemerintahan Bendahara Johor sejak abad ke-18. Pengasas kesultanan  bermula apabila Tun Zainal Abidin (anak kepada Tun Abdul Majid, Sultan Pahang dari keturunan Bendahara) ditabalkan sebagai Sultan Terengganu yang pertama sekitar tahun 1708-1720.

Sultan Zainal Abidin mangkat pada 7 Mac 1733 dan meninggalkan enam orang putera. Putera almarhum besetuju menyerahkan takhta pemerintahan Terengganu kepada putera bongsu iaitu Engku Tuan Mansur kerana ramalan yang dibuat oleh seorang pembesar menyatakan  bahawa Engku Tuan Mansur akan menjadi raja yang besar apabila dewasa kelak. Sementara itu, tampuk pemerintahan kerajaan Terengganu dipegang oleh kekanda sulungnya, iaitu Engku Tuan Wangsa dan Bendahara Tun Hussein. Baginda ditabalkan secara rasmi sebagai Sultan Terengganu pada 26 Feb 1741 oleh Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, sultan Empayar Johor-Riau-Lingganyang merupakan sepupu baginda.

 Kelantan

Kelantan merupakan negeri taklukan Kesultanan Melayu Melaka. Apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511, Kelantan dibahagikan kepada beberapa kawasan yang diperintah oleh ketua ketua kecil. Ketua ketua kecil tersebut mendapatkan naungan Persekutuan Pattani Besar apabila diancam oleh Siam pada tahun 1603. Kemudian, Kelantan dibahagikan kepada empat wilayah oleh kerajaan pusat Pattani, iaitu Kelantan Timur, Kelantan Barat, Legeh dan Ulu Kelantan.
Sejarah merekodkan bahawa terdapat pertikaian antara Long Sulaiman (pemerintah Legeh)
pada tahun 1756, apabila Long Deraman ingin merampas takhta dan menyebabkan kematian Long Sulaiman. Long Yunos, anak kepada Long Sulaiman menyelamatkan diri ke Terengganu dan mendapatkan perlindungan daripada sahabatnya di Terengganu, iaitu Ku Tana Wangsa (anak Tun Zainal Abidin, Sultan Terengganu Pertama). Long Yunos dengan bantuan Terengganu telah menyerang dan mengalahkan Kelantan. Namun, pada akhir pemerintahan Long Yunos, berlaku pertikaian antara beliau dengan Sultan Mansur (Terengganu). Selepas kemangkatan Long Yunos, Terengganu menyerang Kelantan pada tahun 1975 tetapi gagal. Pada tahun 1800, Terengganu mendapatkan bantuan Pattani membuat serangan kedua. Negeri Kelantan dikalahkan oleh serangan dari dua penjuru oleh Terengganu.

Pada tahun 1801, Long Muhammad (putera Long Yunos) melancarkan seangan kepada Terengganu. Beliau mengistiharkan dirinya sebagai Sultan Kelantan pertama. Baginda berjaya membebaskan Kelantan daripada pengaruh Terengganu pada tahun 1812 serta membuat hubungan diplomatik dengan Siam demi menjaga kedaulatannya dan mengelak daripada ancaman luar. Seterusnya, Kelantan diserahkan kepada British melalui Perjanjian Inggeris-Siam atau dikenali sebagai Perjanjian Bangkok pada tahun 1909 dan menjadikan Kelantan sebagai salah satu daripada Negeri negeri Melayu Tidak Bersekutu.

 selangor 

merupakan takluka melaka pada abad ke-15. Apabila melaka dijajah oleh portugis, kesultanan melayu melaka berpindah ke  johor.

Pada bulan mei 1745, Daeng Chelak merupakan salah seorang daripada OPU lima bersaudara yang berpengaruh di Johor telah mangkat. beliau meninggalkan 2 orang putera iaitu Raja Haji dan Raja Lumu. Raja Haji telah menjadi Yam Tuan Muda Johor. Raja Lumu merancang untuk menjadi sultan selangor bagi mengelakkan selangor dikawal oleh johor sepenuhnya.

pada tahun 1766, Raja Lumu ditabal menjadi sultan selangor dengan gelaran sultan Salahuddin Shah dan mendapat pengiktirafan daripada sultan Mahmud iaitu sultan perak.perlantikan ini merupakan permulaan kepada  kesultanan baharu di selangoryang kekal sehingga hari ini. sultan Ibrahim Shah yang mengambil allih telah berjaya memajukan selangor. selangor sebagai pengeluar bijih timah telah menarik minat Belanda dan menyebabkan Selangor diserang oleh Melaka.

 negeri sembilan

setelah melaka jatuh kepada  portugis, bermulalah kesultanan Bugis di selangor dan pengaruh di johor. pada akhir kurun ke-17, pembesar pembesar negeri sembilan menjemput anak raja dari minangkabau sebagai Yamtuan Besar berusaha dan bersiap sedia untuk menghadapi serangan Bugis. pada tahun 1773, Raja Melewar, iaitu putera raja Sultan Abdul Jalil telah dititahkan oleh ayahdanya datang ke negeri sembilan dari pagar ruyung, minangkabau mejadi Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama dan memulakan instiadat beraja.

apabila Yang Dipertuan Besar mangkat, pemegang akan menjadi seorang pemerintah selama 3 tahun. pewarisan tahta pemerintahan negeri sembilan yang seterusnya adalah daripada jurai keturunan raja Radin ibni Raja Lenggang.

negeri sembilan mengamalan adat perpatih yang berasal daripada minangkabau, sumatra indonesia. adat perpatih mengandungi peraturan yang lengkap bagi kehidupan individu dan masyarakat secara keseluruhan. adaat ini mengandungi susunan pentadbiran dan pembahagian kuasa politik, pembahagian harta, aturan perkahwinan dan kekeluargaan serta hal ehwal kemasyarakatan.

1 comment: