Tuesday, 20 September 2016

PEMERINTAHAN

                             PEMERINTAHAN

sultan merupakan pemerintah tertinggi dan dibantu oleh sistem pembesar. sistem pembesar utama ialah pembesar empat lipatan yang terdiri daripada bendahara yang menjadi penasihat kanan raja, pemangku raja dan bertindak sebagai ketua hakim semasa ketiadaan raja, memilih dan pelantik raja. tugas penghulu bendahari pula mengawal perbendaharaan negara, memungut cukai dan hasil negari, menyimpan daftar hamba raja, ketua bagi semua syahbandar. tugas temenggung ialah sebagai ketua dan pelaksana undang undang, ketua polis negara, pendakwa bagi kesalahan individu, ketua protokol dalam urusan adat istiadat. akhir sekali laksamana iaitu sebagai ketua bagi semua pahlawan terutama di laut, memikul pedang kerajaan dalam upacara rasmi, mejadi diplomat dan membawa utusan kerajaan.   Melaka menggunakan Hukum Kanun Melaka dan Undang undang Laut Melaka yang digubal berlandaskan undan undang islam dalam pemerintahan negeri.melaka telah berjaya meluaskan empayarnya sehingga ke semenanjung tanah melayu dan sumatera ketika di bawah pemeritahan sultan Mansur, sultan Muzaffar Syah dan Bendahara Tun Perak. pahang, kelantan, kelang dan terengganu  merupakan negeri taklukan melaka di semenanjung manakala rokan, siak, dan kampar negeri taklukann di sumatera. seterusnya melaka menakluk kedah dan perak dan kepulauan melayu iaitu siur, buru dan asahan..

No comments:

Post a Comment