Warisan Kesultanan
Melayu Melaka
Johor
Selepas Melaka diserag Portugis pada tahun 1511, Sultan
Mahmud Syah dan anaknya, Sultan Ahad Shah bersama sama pngikut mereka telah
melairkan diri ke Ujong Tanah (dikenali sebagai Johor). Mereka membuat
perancangan untuk menawan semula Melaka tetapi perancangan tersebut telah
diketahui oleh Portugis. Kemudian mereka berundur ke Pahang dan akhirnya
behijrah ke Bentan. Setelah kemangkatan Sultan Ahmad Syah, Sultan Mahmud Syah
melantik puteranya sebagai pengganti baginda dan digelar Raja Muda.
Selepas Raja Ali (putera Sultan Mahmud bersama Raja Fatimah)
dilahirkan Raja Ali telah ditabalkan oleh Sultan Mahmud Syah sebagai 'Sultan
Muda' atas permainan Raja Fatimah. Kedudukan Raja Muzaffar telah dirampas.
Sultan Muzaffar yang disingkirkan membawa diri ke Perak dan ditabalkan sebagai
Sultan Perak dengan gelaran Sultan Muzzafar Syah.
Sultan Mahmud Syah bersemayam di Bentan hampir 13 tahun dan
kemudiannya beundur ke Kampar, Sumatera Indonesia apabila Bentan diserang oleh
Portugis pada tahun 1526. Baginda menerajui pemerintahan Kampar dan mangkat di
sana pada tahun 1528. Raja Ali pula ditabalkan sebagai penggantin Sultan Mahmud
Syah dengan gelaran Sultan Alauddin Riayat Syah. Kemudian, baginda berpindah ke
Pahang dah mengahwini puteri Pahang, iaitu Puteri Kesuma Dewi. Baginda
berpindah ke Johor dan membuka penempatan tetap di Hujung Tanah. Dengan itu,
Sultan Alauddin Riayat Syah disebut sebagai Sultan Johor yang pertama.
Perubahan daipada pewarisan Kesultanan Melayu Melaka kepada
keluarga bendahara belaku pada tahun 1699, iaitu apabila Sultan Mahmud Syah II
(1685 - 1699) dibunuh oleh Laksamana Megat Sri Rama. Kemudian, tampuk
pemerintahan diambil alih oleh Bendahara Tun Abdul Jalil sebagai Sultan Abdul
Jalil Riayat Syah IV dan membuka penempatan baharu di Panchur
Perak
Raja Muzzafar (putera Sultan Mahmud Syah bersama puteri
Kelantan, Puteri Onang Kening) membawa diri ke Perak setelah disingkirkan
daripada menjadi Sultan Johor oleh Raja Ali. Baginda ditabalkan menjadi Sultan Perubahan
daipada pewarisan Kesultanan Melayu Melaka kepada keluarga bendahara belaku
pada tahun 1699, iaitu apabila Sultan Mahmud Syah II (1685 - 1699) dibunuh oleh
Laksamana Megat Sri Rama. Kemudian, tampuk pemerintahan diambil alih oleh
Bendahara Tun Abdul Jalil sebagai Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV dan membuka
penempatan baharu di Panchur
Perak
yang pertama dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah 1 pada tahun 1528. Ada juga
pandangan yang menyatakan bahawa Sultan Muzaffar menjadi Sultan Perak yang
pertama selepas Tun Saban, Pembesar Negeri Perak dan Nakhoda Kassim menghadap
Sultan Mahmud Syah di Kampar untuk meminta kebenaran baginda supaya Sultan
Muzaffar menjadi pemimpin di Perak. Pembesar Perak berpendapat bahawa pemimpin daripada
waris Kesultanan Melayu Melaka mampu memajukan negeri Perak kerana kebesaran,
kewibawaan dan struktur pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka yang berpengaruh
di Tanah Melayu. Sultan Muzzafar menjadikan Tanah Abang sebagai pusat
pemerintahan. Tanah Abang terletak 80 kilometer dari muara Sungai Perak. Adat
istiadat Melaka dan budaya Melayu dihidupkan semula di Tanah Abang.
Perak mewarisi sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
Namun, sistem perwarisan takhta kerajaan Perak berbeza sedikit dengan sistem
Kesultanan Melayu Melaka. Sistem pewarisan takhta Perak menggunakan sistem
giliran dan bukan secara turun temurun. Sistem giliran ini membolehkan tiga
keluarga iaitu keluarga Y.A.M Raja Bendahara Alang Iskandar Shah, Paduka Seri
Sultan Yusuf Sharifuddin Muzaffar Shah Ghafirullah dan Paduka Seri Sultan
Abdullah Muhammad Shah II berkongsi hak untuk menaiki takhta kerajaan. Apabila
sultan tidak dilantik secara automatik bagi menggantinkan sultan yang mangkat,
sebaliknya mesti memegang beberapa jawatan Raja Bergelar sebelum menjadi
sultan. Namun, pembesar negeri Perak mempunyai kuasa untuk menentukan calon
sultan tanpa mengikut giliran yang ditetapkan.
Pahang
Pemerintah negeri Pahang mempunyai perkaitan dengan
Kesultanan Melayu Melaka. Mardiana Nordin (2014) menyatakan bahawa dalam buku
Sulalatus Salatin ada diceritakan bahawa Sultan Mansur Syah menghantar anaknya,
iaitu Raja Muhammad ke Pahang sebagai hukuman kerana telah membunuh Tun Besar
iaitu anak kepada Tun Perak yang merupakan Bendahara Melaka. Pembunuhan ini
terjadi apabila bola sepak raga yang disepak oleh Tun Besar telah terkena
dastar kawasan Tun Besar bermain. Di Pahang, Raja Muhammad ditabalkan menjadi
Sultan Pahang yang pertama dengan gelaran Sultan Muhammad Shah pada tahun 1470
Pada tahun 1614, Sultan Abdul Ghafur dan Raja Muda Abdullah
telah dibunuh. Sultan Ahmad dilantik sebagai Sultan Pahang. Apabila Acheh
menyerang Pahang pada tahun 1617, Sultan Ahmad dan keluarganya di bawa ke Acheh
sekaligus menamatkan pemerintahan zuriat Sultan Melaka secara langsung di
Pahang Perlantikan Raja Bujang sebagai pemerintahan Pahang pada tahun 1615
menandakan bermulanya pemerintahan bagi keturunan Melaka-Johor. Raja Bujang
ialah puteri Sultan Alauddin (Johor)
Negeri Pahang dan Johor telah disatukan apabila Raja Bujang
ditabalkan sebagai Sultan Johor pada tahun 1637 dan meneruskan pemerintahan
Kesulatanan Johor-Riau yang meliputi Singapura, Pahang, Riau dan LIngga juga
merupakan warisan daripada Kesultanan Melayu Melaka. Kemangkatan Sultan Mahmud
Syah II menamatkan pemerintahan oleh waris Kesultanan Melayu Melaka di Johor
dan Pahang.
Seterusnya, tampuk pemerintahan negeri Pahang diambil alih
oleh keluarga Bendahara dimulai dengan Tun Abdul Jalil, iaitu anak kepada
Bendahara Tun Abdul Majid dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV.
Daripada keturunan Tun Abdul Majid inilah, Kesultanan Pahang yang baharu telah
diasaskan.
Terima kasih kerana maklumat ini 😀
ReplyDeleteKenapa negeri ii tersebut dikatakan sebagai pewaris kesultanan melayu melaka
ReplyDelete